Wednesday, March 4, 2009

rombongan ke Melaka, PD

Sabtu lepas memang tak plan nak pi mana2 sebab nak buat assignment, berlambak tak habih lagi... Uwaaaa!!!Call mak pagi2 sebab semalam depa habaq nak ikut rombongan 'Komuniti Bestari' pi Melaka & PD.Mak kata depa satu bijik bas dah sampai kat Jejantas Air Keruh, depa stop solat subuh & b'fast kat situ.

Hai la Alang...! Wildan punya pasal, dia plak pulun ajak aku & Kak Siti bersiap nak joint Wildan & Tok/Wan kat Melaka. Aku pun setuju gak le, sebab kesian kat depa... nak sangat masa birthday aku depa bawak aku pi jenjalan. Tapi aku yang taknak sebab nak buat assignment banyak!! Tapi depa janji nak tolong buat skit malam nanti... aku pun layaannnn!!! Lagipun hatiku pun berat nak ikut mak abah celebrate birthday aku together-gether. Sapa taknak kan sambut dengan depa? Call Ummi Wildan konon nyer nak bagi dia jeles, rupa nyer dia pun dah plan ngan Daddy Wildan nak ambik Wildan kat PD. Huh!


Wan belikan kompang RM25 utk Wildan - ganti periuk & pelengat Tok dia yg dah kemek Wildan buat gendang Singa (start bergendang masa raya cina ari tuh lee...)

Tak sempat breakfast, 9am bertolak ke Melaka. Stop isi minyak & beli donut je lapik perut. Lapaq berkeriut2. Call abah tanya lokasi... depa kata dok ada kat Taman Mini Malaysia. So bergegas la Mami Siti nak cepat sampai. Jumpa aja depa kat situ, kami bawak Wildan naik kete Mami, follow bas sampai Bandar Hilir. Stop kat Menara Taming Sari. Mami belanja kami semua naik RM10/person. Mak/Abah half price sebab warga emas gitu.Mula-mula mak takut, dah pujuk2 nak pulak. Hehe...syiok nyer!!

Masa kat dalam tren or whatever they called it...

Wildan ber'posing' dekat taman near Menara Taming Sari tu... Ada replika kete lembu, replika train lama & baru, replika aeroplane... macam2 lagi lah.

Wildan letih terlentang, penat seharian berlari & berkejar ngan MakLong, Alang & Mami.Tertiduq dalam keta 2 jam lepas balik dari Dataran Pahlawan.

Tengahari ada orang nak belanja rombongan sebijik bas depa tuh kat RS Hotel...? tak ingat dah nama apa. Kami tak joint sebab lepas naik menara tuh, Mami dah bawak we all makan Asam Pedas Melaka. Tak lengkap kalu mai Melaka tak makan asam pedas kata dia. So, we all pun 'kidnap' Wildan bawak jenjalan kat Dataran Pahlawan.

Hilang kolestrol kami ligan (kejar la maksud dia..) Wildan. Kalu hari-hari boleh kempis perut MakLong yang tengah bertambah boncit nih! Kurus MakLong nih takyah diet dah. Wildan gaduh ngan Mami sebab Mami taknak belikan Wildan pedang Ultraman. Mami tipu la kata dia takdak duit... Wildan mengadu kat MakLong dengan harapan kut-kut dapat. MakLong pun tak bagi sebab kat kampung Wan dah belikan. Last2 dia ngadu kat Alang lak... "Alang! Alang ada duit?", Wildan tanya. Alang yang konon nyer berhati kental, cair dengan pujukan Wildan.

Dialog Wildan: "Wildan nak jadi Ultraman. Nak lawan dengan Raksaksa". Maklong: "Sapa jadi Raksaksa? Wildan: "Wan laa". MakLong: "Abih Tok jadi apa lak. Wildan: "Tok jadi Pepaya...". Gelak keras perut we all sebab lengan tok memang la besaq skit. Hehe...

Hantaq Wildan kat mak abah kat Ilham Resort, PD. Depa di'sponsored' (half) menginap kat situ. Janji jumpa Ummi & Daddy (Wildan pronounce as Diddy) kat situ. Meleleh le si Wildan nih bila tengok Ummi & Diddy dia. Rindu la kut dah lama tak jumpa. So, terus lupa kat MakLong, Alang, Mami nih. Cian kat kami... :(

We all dah nak balik sebab nak buat kerja skolah seperti yang dijanjikan. Tapi mak abah & Nani pujuk we all stay sat ja lagi. Kami lepak kat tepi pantai Tanjung Tuan. Nani & Faizal pi beli food kat Pasar Malam dekat2 situ. Kami makan la sorang skit. Saja seronok nak beramai-ramai je. Dah nak masuk maghrib, kami masing2 pun balik. Mak Abah balik hotel depa. Ummi & Diddy bawak Wildan tiduq one night at another hotel. Just 3 of them anak-beranak.


1 comment:

  1. Aku tak tahan tenok murtabak nuh... isk.. tingat Pak Kadiaq... eh.. sory ek... tingat murtabak Pak Kadiaq buat (walaupun tak penah makan... ngeh2)

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin