Tuesday, March 17, 2009

memorable day in my life with my beloved family

Bercuti ke Bandung sempena birthday Mak & Alang...

First time nak bercuti luar negara, with my parent & Alang... teruja la plak! Dah booking Air Asia. Suh mak & abah buat int'l passport... tak sabar selagi tak sampai. Awal-awal dah pi money changer, mak & abah seronok jugak ada anak-anak yang sponsor RM kat depa untuk belanja kat sana... Yang tak berapa seronok sebab we all tak cukup korum... Mami CT tak dapat nak joint sebab dia tengah berkhidmat kat Jeddah .


Lepas subuh, Kak Ita hantaq kami pi airport LCCT. Sempat breakfast kat situ. Check-in 9.15am, flight delayed... 10.30am baru take-off.

Tiba di Husein Sastranegara Airport, Bandung pada 12.30 tgh (2 jam je). Waktu kat Bandung berbeza plak…baru 11.00 pagi.

Naik taksi lebih kurang setengah jam perjalanan dari airport ke Hotel Gumilang Regency a.k.a Gumilang Sari. Terletak dekat kaki bukit Tangkuban Parahu. Lebih kurang macam kat Cameron Highland… Sejuk bangat!
Wak taksi tu nak tunggu sebab cakap kat dia we all nak jenjalan & shopping... tapi dah baru sampai, mesti nak rest & solat dulu. Lagi pun rasa nyer dia nak charge transport untuk 2 hari macam mahal... So kami dapatkan hotel punya tourist guide, namanya Pak Agus. 2pm time indon, dia ambik kami pi lunch kat Sundanese Restaurant. Makan ikan gurame (kaloi) goreng & ‘Kepiting Tiga Rasa’. Kami tak makan sebab kalau kat tempat kita kepiting=ketam batu, yang berwarna hitam selalu bangsa Cina selalu makan tu. Dia hidup dua alam, Haram bagi orang Islam makan benda yang boleh hidup atas darat & laut. Masa order tak tau lak bahawasa nyer si kepiting tu... tapi food okey-okey aje. Tak selera macam tekak kita agak nyer...
Pastu pi shopping-shopping (byk factory outlet), 4pm pi Pasar Baru beli telekongs (byk kengkawan kirim), tapi tak sempat nak tinjau sangat sebab kebanyakan kedai kat Bandung pukul 5 dah tutup. Kat Bandung 6pm dah maghrib, gelap macam 7,8pm kat Mesia... Pak Agus bawak plak we all pi kedai tas tangan (imitation), pun dah banyak kedai yang tutup.
Malam dah tak happening...so, dok dalam bilik aje lah ye maksud nyer!! 8pm balik hotel, rest & tiduq awal sebab letih giler masing-masing... Simpan tenaga untuk esok.

22/5/08 Happy Birthday Mak!! Subuh kat Bandung seawal 5-5.30am. Pukul 7pm dah cerah macam tengahari. Lepas breakfast kat hotel, berposing jab sekitar hotel dekat swimming pool. Sejuk giler, air macam ais…tak dak orang berenang pun...

Cantik & santai je tempat nih… Bergambar tiga beranak buat kenang-kenangan!

9am seperti yang dijanjikan, Pak Agus dah tercegat tunggu depan hotel. Singgah kat 'Paris van Java Mall', masih tutup. Kami nak pi lagi beli telekong, semalam tak sempat... Pi Pasar Baru lagi, lama skit belek2 telekong & borong berkodi-kodi...hehe. Beli baju mak & abah, beli baju kat cucu2 depa...Tingkat bawah Pasar Baru tempat orang jual ole-ole. Tempe pun banyak…

11pm pi shopping kat Cibaduyut, Cihampelas – Tempat beg2 tiruan, sepatu kulit & cenderahati. Mak beli beg baju. 1pm singgah sat kat Royal Sports, biasa le Alang still nak cari Adidas. Konon nyer kat sana murah, tapi kami tak jumpa pun seperti yang diwar-warkan...
Poket pun dah nipis... pi money changer kat sana. Tak aci depa ambik rendah duit kita...RM1: 2700 rupiah. Tapi nak wat camne?
2.30pm on the way we all nak ke Tangkuban Parahu, singgah makan ayam kat Brebes. Mak tak lalu makan sebab ayam dia goreng tak asingkan kepala...hehe! Sepanjang tepi jalan tu, depa jual satay kelinchi (arnab).

Gunung Tangkuban Parahu - tempat gunung berapi. Berposing sakan kat puncak ni… kat bawah tu kawah nyer… Tapi memang horror dengan penjual-penjual souvenirs tu dok ikut ramai2 macam nak paksa kita beli barangan jualan depa… mak lah orang yang paling takut sebab dok himpit dia suh beli "Ibu, tolong anak ibu nih..mau carik makan ontok anak istri buuu...". Mak dah nak nangis & ketaq lutut sebab wak2 Indon tu dok follow anak-anak dia nih. Takut depa pukau or buat apa-apa sebab depa ramai.

Sejuk & berkabus kat puncak Tangkuban Parahu ni… Kawah gunung berapi yang masih aktif, dipanggil Kawah Ratu…masih berasap-asap! Alang dah letih naik lereng… nasib baik tak turun lagi lereng ke kawah kat belakang tuh. Lagi beberapa meter ke tempat orang ramai pi rendam kaki kat kawah air panas kat situ…
6pm pi Paris van Java, Sukajadi, Bandung (Shopping Complex) sekali lagi. Alang beli jugak Adidas kat situ, jumpa tempat menarik boleh custom-made your own comforter set. We all tempah satu untuk Mami CT corak bee..., beli souvenirs batik jawa & jenjalan tempat class la bagi depa... tapi 1 Utama jugak still the best!! Jangan maghah na mami!! Hehehe...
8pm balik hotel. Tak tau plak ada massage services kat hotel tu. Kalau tak, from day one dah try. Memang la tak menolak bila offer masa badan dok penat2 nih. Ahhh…!! Sedap nya lepas penat shopping, malam ada orang urut lagi… Malang skit service dia 9pm dah finito. Ada sejam je & ada 2 orang je. So, aku bagi le laluan untuk besday-besday girls tu merasa. Yang tensen skit tu sebab aku nih dok temankan depa 2 orang dalam bilik tuh, dok dengar depa rasa best plak kena urut... Uwaaa!! Abah lagi tensen dok bilik sebelah... jangan harap la kami nak bagi dia merasa sebab massage girls tu bergetah & cekang2 lagi... Ratu jamu!! ;)


23/3/08 - EpPy BesDay Alang!! Lepas subuh 5am, tiduq balik. 9am check-out. Sempat lagi shopping last minute... tak cukup lagi souvenirs! Singgah beli kain batik la, t-shirts la, key-chain la... terror kan? Itu pun mak ada hati lagi nak pi Pasar Baru... gamble kang takut terlepas flight plak. Lupakan aje.
Kami benggang kat Pak Agus, pkl 11am hantaq we all pi airport, service dia tak sampai setengah hari pun dia dah charge mahal RP200,000. Bayangkan hari-hari pun camtu. Memang macam terkena! Next time pegi lagi, jgn pakai tourist guide service yang hotel recommend. Baik wak taksi yang offer nak hantar ari tu. Takpe lah, wat camne....kita kat tempat orang. Kita tak tau pun sapa yang okey, sapa yang tak... Cuma frust holiday kami ni abih kat transport je. Shopping pun tak se-habis transportation charged!

Tersadai di Airport 2 jam tunggu flight – 12pm baru check-in. Settled semua boarding pass, bayar baggage charge & airport tax. 2pm baru flight take-off. Selamat tinggal Bandung… mak tak sabaq nak balik dah!! Tok dah rindu kat cucu...

Walaupun mak dah serik pi Bandung, tapi aku tetap happy boleh bawak depa pi jalan dengan duit titik peluh aku... hadiah untuk diorang dan boleh merasa sama-sama.

Boating day to Pantai Merdeka --> Tanjung Dawai.

Mak takut naik bot, kena pegang abah kuat2. Masa nak pi pun dah puas pujuk baru okey... cucu punya pasal, takut pun kena beranikan diri jugak... We all ada kat seberang Tg Dawai, depa ada kat Pantai Merdeka. Memang plan nak meet over there together-gether. Nak lepak & berkelah.
Wildan main layang2, angin kuat...best layang2 naik tinggi. Nak seronok punya pasal, harga RM7 untuk layang2 polystrine tu pun tak pa...
Wildan mandi air laut ngan diddy dia. Tak plan nak berkelah asal nyer. Saja jenjalan je. Tapi dah bawak Wildan mandi laut tu... tak pasal2 kena pi beli seluar & baju kat gerai2 yang ada kat tepi pantai tu...
Ngan abah ku. Saja nak manjeee...
adik bongsu a.k.a acu yang maintain bulat...hehe! (jange maroh, nanti cepat tuo!)

1 comment:

  1. Elelelelehh.. Kak Tom tu sajja dok paut kuat2.. padahal bot takdak la laju mana.. sajja nak bagi ong tgk jeles la tuu..

    Yang hang tu dok paut ka.. ngurut lengan abah hang.. huhu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin