Sesekali menghadiri majlis kenduri kawin nih memang syioq... kena plak kalu member yang kawin! Sampai ke Johor nu kami drive - balik hari pi kenduri member...
Tapi this time dijemput ke majlis kawin yang extra special... grand abis!! Rezeki le sebab yang dijemput ialah Alang - kenduri anak ex-boss dia... aku nih kira jadi peneman aje lah... Aku biasa lah, kenduri-kenduri nih memang suka nak pi sebab utama=nasi minyak & lauks! Alang plak biasa nyer tak minat nak pi kenduri-kendara nih... tapi kenduri yang ini dia rasa tak 'kena' lak kalu nanti dia tak pi... so, secara tak langsung dia lak bersungguh... pi dentist buat scaling (sedangkan dah lama suh pi..), ajak pi sauna (dah lama plan2 tak jadi, ari tu jadi!...). Hehe..ingat2 kelakar lak!
7pm rushing pi Mines carik jalan sebab jarang pi jenjalan sebelah sana nun... takut jugak nanti tak sempat nak solat. Sampai 8pm sampai... berkat "Allahummayassir..."! Kami antara yang terawal jugak yang sampai. Parking pun dapat dekat2 dewan. Dapat le masuk hotel & solat kat sana. Berlapikkan karpet merah dari hotel ke dewan, besar hati jugak dapat merasa. Then sibuk le tangan nak snap sana, snap sini.
Masa registration, dah ada signage utk 'Pn B... friends', 'H ... friends', 'TV ...'... So, Alang tergolong dalam kengkawan x-boss dia. Yang kelakar nyer masa dia nak register, belum sempat nak cakap... budak tu kata "Ohh, Kak Habsah... kejap ye!". (Hehe...dah lama orghang dok kata ghupa dia cam Habsah Hassan. Tapi time rugged2, takde langsung pun...cam budak skolah je...) Then budak nih tulis le 3 choices of table no. We all ingat kami akan dapat table yang belakang le sebab pada kad jemputan tu open table. Alih-alih dah rezeki nih, we all dapat meja yg ketiga dari depan, dekat lak dengan laluan karpet merah. Syioq le hamba meng'photo'ing!
Majlis resepsi berlangsung di Dewan Le Marquee, Palace of the Golden Horses.
Lavish wedding of the year
Majlis ala-ala anak raja... Pengantin pompuan diarak diatas tandu dari hotel ke dewan, diiringi dengan seruling & nafiri, ada sajak dan puisi yang dideklamasikan oleh Doddy? & Fedtri Yahya. Tetamu kehormat yang dijemput iaitu YM Tengku Zarith Soffiah. Maintain cun! Ramai giler yang hadir. Makan pun best! Ada artis Rabbani, Siti Nurhaliza & Anuar Zain. Masing-masing nyanyi 3 lagu. Mawi & Ikin pun ada tapi tak nyanyi. Aku pun ambik kesempatan la bergambaq ngan Anuar Zain. Mesti ada yang jeles nih! Jangan ada kontroversi dah!
No comments:
Post a Comment