Thursday, April 19, 2012

MOOD... happy-happy ☺ come to me ;-)

Beberapa hari ni... hati agak suram... dgn macam2 hal & melayan perangai2 manusia... (senang la... direct je!... no need to go round-the-bush... berbunga2 bahasa)... Sakit hati, perit, pedih, sedih :-(
Bukan aper... yg buat kita terasa hati sgt sbb org2 tu adalah org2 yg kita percaya... Why? When people put the trust on u... but without you knowing it... there's actually no mutual feeling between us... U don't trust me, so why must I trust u... kann? U even can talk about us at the back! Is it fair? Can u be sincere to talk, to complaint about us, directly. Ia hanya lah salah faham... yg lebih tepat, salah sangka. Kan ke lebih baik kita rungkaikan prejudice tu secara face-to-face? Tak payah la melalui org tengah segala. Thanks to org yg sanggup bagitau, or sampaikan the message. At least, we can see the sincerity. Tapi, memula...hangin la dulu kat org tu kan! Maaf leee.. Lepas tu... sincerely apologized..forgive & try to forget. Apa yang kita buat salah...tetap kita yang salah... We admitted our mistakes. But, it is how you sampaikan ketidak-puasan hati tu... sedikit kesal :-(

To my MAK... ku luahkan segala isi hati, kesedihan, kekesalan... Thanks mak... Hanya doa & nasihat dari mak, buat ku bahagia, tenang, senang hati... Luv u mak ♥

Mak suruh baca doa byk2 sebelum melakukan sesuatu pekerjaan tu... Solat & berzikir, doa moga dipermudahkan segala urusan harian... mintak pada Allah Yang Satu... hanya Dia tempat kita mengadu... 

Sometimes, sengaja tak nak cerita kesusahan kita, kesedihan kita pada mak... taknak membebankan fikiran mak yg dah bykkkk sgt hal di atas bahu mak... tak nak mak susah-hati kat anak mak ni... Tapi, sometimes... rasa nak berkongsi cerita dgn mak... Cian mak. Anak mak ni kurang matured sket... Tak cukup pengalaman utk handle problems yg ada kaitan dgn hati manusia ni mak!




To my fren cum sister cum my advisor, supporter, judger... Thanks for always being there for meThanks that you never let me be alone. Thanks for your kind advise...that give me strength to keep moving on...
"You selalu nasihat I, don’t expect other people to be like us.  Keadaan yang you hadapi sekarang sama je.  Nobody is perfect.  Setiap orang ada kekurangan / kelemahannya.  Cuma cara menyatakan atau menunjukkannya tidak serupa.  Ada orang yang boleh menerima kekurangan kita, maka kita kena belajar menerima kekurangan orang lain. Tak kiralah orang itu merupakan orang yang kita tak pernah ambil kisah tentang dia atau orang yang kita sedia maklum tidak berpuashati dengan kehidupan dia.  Apa yang kita perlu sedar adalah jangan kita jadi macam orang-orang sebegini kerana apa yang terbuku di hati akan terpancar ke muka kita.
Apa pun, kita harus bersyukur bahawa kita masih ada rezeki yang Allah bagi sedangkan ada orang yang tiada pekerjaan untuk menampung perbelanjaan diri dan keluarga.  Bacalah kisah dibawah yang I ambil dari kisah-kisah tauladan untuk kita sama-sama menghayatinya dan mengambil ikhtibar darinya."
KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA
     Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
     Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
     Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyeksakan himar itu."
     Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
     Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
     Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah- rendahkan dan meringan-ringankannya."



To my sister... seronok jugak bercerita dgn dia... We always shared our story... about family, work, love, happiness, sadness... we laugh, cry & making jokes together. 


Cerita anak2 dia lagi shiokkk... ♥Afif Wildan & Affan Wildan ♥ Mcm2 karenah budak2 ni... Sayang anak2 maklong ni... baik yg jauh ataupun yg dekat... Miss u wahai Ammar, Nurin Jazlina & Nurin Qaisara. Bila la lagi maklong dpt pegi Chemomoi tu ;)

Skrang ni musim hujan sat..panas sat... So, penyakit pun mcm tu jgk... Skrang ni mmg musim denggi... Tapi mintak2 (nauzubillah)... dijauhkan dari segala penyakit berbahaya itu...

My ABAH & my nephew...Afif Wildan plak... having very high fever smlm... Demam, muntah & 'cerry-berry'... Ummi Nani called.. so, we brought our father tu Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan... masuk air sebotol, check darah & BP... dah okey sket, doktor bagi ubat & balik rest kat rumah...

I & Nani, rotate taking leave... Nursing them both at their home. I was happy for doing so... I tried my best to take care their wellness... Masak bubur..bagi ubat, jaram kepala & badan.
Get well soon, my lovely abah & wildan!

As my fren, Mimie said... "jaga depa lagi 3 juta faedah drp jaga hati org yg tak menghargai kita..."... Thanks Mimie :)))

Hanya Allah... tempat ku bermohon segala... Sedaya mungkin kan ku pohon pada mu, bersyukur dengan pemberian-Mu, sama ada time susah, baik pun time senang & bahagia. Aku tak nak menjadi seperti orang lain yang hanya mohon & bersujud pada-Mu time susah... & melupakan-Mu time diorang dah senang. Moga Kau limpahkan lah hidayah-Mu pada kami2...hamba-Mu yang lemah,  tunjukkan lah kami, jalan-Mu...moga kami tidak tersasar jauh dari landasan-Mu Ya Allah. Amin.

Wednesday, March 21, 2012

Mak ikan...

Sekian lama tak bela ikan kt opis ni... pikir2 balik... elok le ada ikan depan mata sebagai 'live screensaver'... & as penenang jiwa, the most! Bila jiwa kacau..rasa sakit hati menghantui jiwa...kita 'layannn' ikan ni...graph hati pun akan menurun sket... then, kita boleh kembali senyummmm (*_____^)

Sy suka bela ikan guppy... dia ni ceria & active... gedik2 sket... bertambah gedik time berebut2 makanan... hheee ;).. Paling excited masa tunggu time si-betina dia 'bersalin'... keluar anak kecik-kecikkkk tu... enjoy sgt... itu lah antara makhluk ciptaan Allah... Kalau kat rumah... me & my fren, suka lagi bela ikan emas... besar sket & cantik... bela dari kecik, then watch them grow!

Sebut pasai anak-anak ni... tentu la ada mak kannn?! Kita as tuan ikan pun...secara tak langsung..akan jadi mak ikan! Mana tak nya... dari start membeli & membela ikan ni... lupa time makan minum bila dok process si-anak2 ni... basuh balang laaa... siapkn pasir la...cukupkan air, letak klorin berbagai... then, place them safely in their new home! ♥ Tadaaa....☺ Kisah ari ni pun sama...bila air dah kelabu...tukar air baru & bagi makan secukup nya si-anak2 ni dulu... sedangkan mak ikan ni, dari rumah dah gastrik... dah bawak bekal... demi melihatkan 'kesengsaraan' anak2 nya hidup dlm kekelabuan... sanggup melupakan hasrat utk breakfast awal... demi pengorbanan nya terhadap anak2 angkat baru nya itteww... ahaksss!!

Begitulah jugak bila kita jadi mak orang... tak kurang jugak kalau jadi mak menakan atau mak sedara ni... Bila time kena mengasuh atau org putih kata...babysitting... mak2 'instant' ni... kalau kebiasaan nya depa kemas, cantik & suka melawa & bermekap... tapi time babysit ni laaa... masing2 belemoih!! Mana tak nya... bila kita kureeengg sket pengalaman..or sedap sket.. tak terbiasa dgn keadaan or rutin harian... akan terjadi sedikit 'kejutan'... walau secuba mana utk 'siap awal'... plus 2 boys yg notty & byk perangai plak... tunggang terbalik jgk jadi nya... muka tak sempat nak touch-up, just sepalit lipstik... baju x bergosok... & no wangi2... klu sempat pun, semua bikin dlm kreta aja! Hurmmm :( Alih2 bila jalan kt shopping complex tu..bila terpandang cermin..nmpk cam maid indon aja... Apa boleh bikin?!

Sementara nak biasakn diri! Everyday & everything is a learning process! It's how we adapt to the situations... Biasa la kann... Mak, ibu, mama, mummy or maklong , makcik juga akan berkorban apa saja utk anak2 dia... Bukan saja masa..Duit ringgit, jangan berkira! Anak? Ermmm... zaman2 la ni...payah sket kut? Kadar mak ayah dok umah org tua2 pun dah tinggi!! Apa yang penting, kita sebagai anak juga... harus setiap masa kenang apa yg kita dah buat utk parents & family kita... Terbalas ke semua yang depa dah beri pada kita selama membesarkan kita...? Tepuk dada, tanya selera.

Wednesday, March 7, 2012

al-rawsha...again! with ofismate plak...

Makan-makan with officemate lagi... This time makan2 kat luar plak after kumpul2 duit dari collection opis... Dah byk... baru boleh mkn kt luar... Lokasi makan luar this time... AL-RAWSHA, Kpg Pandan.




Monday, July 18, 2011

Kudu ~ the Nasi Kandar restaurant

Sejak keluar segmen Nasi Kandar dalam program 360, TV3 lebih krg dua minggu lepas... puas la dok lap ayaiq liuq setiap kali tgk nasi beriani atau seumpama nya..sbb keinginan utk mencari tempat2 spt yg ditayang dlm program tu sgggttt la tinggi... so, dah set list dlm kepala...antara nya... Restoran Kudu Jln TAR, Fareed Line Clear Sg.Buloh dan bbp lagi laa... Masa tu ayahanda ku yg mmg dh ada darah daging si tukang kandar ni... meleleh2 la saliva nya sambil menyampaikan hasrat pada anak2 dia 2 org yg ada kt KL ni... aku & adindaku Nani...

So, bila ada kesempatan aja malam tu, lps balik keja... ajak la si-Alang, Nani & anak2 bawak abah...round2 cari si-Kudu nih... Tak jumpa jgk, kami telefon la si-Mami Siti sbb konon nya dia lagi terer jalan2 KL nih... tapi still x jumpa...rupa nya...landmark dia bagi dh betui..tp area kedudukan si-Kudu nih dekat tmpt lain leee mami... ☺☻Ending, kami pegi Bkt Bintang aje, mkn nasi Arab...Restoran Tarbush. This is the 2nd times kitorang redah & pusing2, hampir sejam baru jumpa...


Inilah dia gerangan nya yg dicari2... Puas berpusing2 dari Masjid India, seluruh Jln Tuanku Abd Rahman, Chow Kit... cari dlm google maps, dlm mobile internet belaka...


Kedai dia biasa saja... kedai lama laaa...xder la cantik & kemas mcm Restoran Pelita ke, Restoran Kayu Original ke... Tgk mamak ni goreng roti canai (anne, nxt time aci mau cuba jugaaa...), sebelah dia lauk-pauk yg mengancam & terancam tu... Pekerja dia pun tak ramai plus, tak ramah mesra dgn senyuman & layanan gitew... tapi, sebab populariti dgn food dia & di-promote 'baeekkk punya'... so, tarikan & 'mandrem'...menyebabkan org selalu jgk nak pegi...parking pun slalu penuh...


Haaahhh, tu diaaa... Mari kita tgk...apa yg kena!! Sambil beratur..entah brp kali dok terliur... ketam goreng, ayam masak merah, telur sambal, ikan sambal, tauhu sambal, ayam kari, ayam goreng panas2, telur ikan.. Jab! Jab! Ada lagiii...


Gulai daging, Sotong, cili hijau fresh, bendi, telur masin, telur dadar, kari kepala ikan , paru & hati masak hitam, daging masak hitam... tak terkira byk nya... mcm semua pun nak.

Ini hasil tunjuk2 ku... aunty nak itu..aunty nak ini...kuah campur ya.. nasi separuh cukup... nanti terlentang kekenyangan... lama dok kt situ mcm nak lain2 lg... control nafsu, control nafsu!


Actually, kami masing2 masih kenyang breakfast tadi... Kedai mamak jgk! Restoran Hameedia, Kpg Pandan. Lepas breakfast, daddy si-Wildan tanya la kitorang nak round2 tak...sbb lps mkn kang balik rumah, jawap dia jumpa bantal aje! So, we all pun agreed!... Plan nak cari jalan aje ke Restoran Kudu tu... last2 dah sesat dlm town tu... pusing punya pusing...dah lapaq balik... Seronok pulak dah jumpa tempat nya...elok la bersantap terus.


Tengok la si Wildan nih... Makan sungguh sampai tak angkat kepala... Nasi putih kuah campur & ayam goreng saja...abis!! Siap mintak nasi tambah dlm pinggan maklong lg... Dia kata Wildan makan sedap ari ni. Gaul Sayang..jgn x gaul...nasi sampai ke siku...


Ni muka2 puas & kenyang... Licin pinggan! Ummi x abih2 meratah ayam lagi... Tenkiu kat daddy si-Wildan sbb belanja kami.


Ni menu makanan & minuman dia... Entah le mahal ke, murah ke?.. Sama aje dgn kedai nasi kandar lain rasa nya...


Ini dia yg dibangga2kan kedai ni...byk betul frame2 & keratan akhbar tentang P.Ramlee. Konon nya kedai ni P.Ramlee selalu lepak2 minum & makan nasi kandar kat sini...rasa nya studio dia dulu dkt2 sini jgk kut...



Dah kenyang...mata pun dah nak tutup!... Tapi, alang2 dah sampai dkt2 dgn Maju Junction ni, apa kata kita singgah cuci mata...window shopping omputih kata. Kedai2 dalam Mall tu sgttt la menyedihkan...bagai hidup segan mati tak mau... Tp, sangkut jgk sehelai baju aku niii... Kalau jalan saja tanpa membeli, aku ni kurang sihat kut! Isk, iskkk...Control nafsu, Control nafsu!

Rutin hidupku kini...

Rutin hidup ku dah berubah sejak abah nak duduk jaga cucu dia kt umah adik aku yg no.3 ni..si-Nani. Mak mai sini sekali-sekala..balik kpg buat bendang..sampai dah selesai atau separuh selesai..nanti mai sini balik... ataupun, kitorang balik kpg tgk dia, then dia mai ikut sama2... So, setiap ari minggu aje..drive le ke Ampang umah adik, kt kuarters askar, Jln U-Thant. Kadang2, ari keje pun pegi jgk..so, pagi2 monink sesudah subuh dah kena bersiap2 utk pi keja. Huhuuu..kena bangun awaiiii :(


Lps keja je, bertolak le ke sana... slalu okey, tapi begini lah rupa highway Duke.. Jumaat malam yg lps... Jam ya amat...sbb hujan agak nyer...dari lps tol taman tun sampai setiawangsa.. kebetulan bwk camera, snap le apa lg! smpai aku tertinggal jauh dgn keta lain punya nak adjust view..nasib x kena hon! Heeee ;)


Wildan nak tengok citer 'Zoo', Lan Pet Pet dlm laptop Maklong

Slalu kat rumah lps subuh je..dapat continue mimpi malam tadi... Tapi kat sini..Jgn Harap!! Baru je terlelap sat...dah mai panggey..."MakLongggg!! Bangun lekaih..dah siang ni..Wildan lapaq sgt!"... Adeeehhh!! Letih nyerrr dengaq... Dari dok berdegung tepi telinga..lebih baik bangun aja..tenyeh2 mata..basuh muka ala kadar, gosok gigi... then, pi buat roti telur, goreng cucuq badak & bancuh milo & teh utk tokwan dia. Kebetulan, Ummi dia kena hadiri aktiviti sekolah...anak murid dia masuk pertandingan mewarna..3 org wakil sekolah.. Tapi, mmg Ummi dia every week pun busy..kena buat/prepare project for those pupil for the other week programs. Ingat jadi cikgu Pra-Sekolah mudah...lagi sibuk dari cikgu lain. (agak nya laa)...

Awang kenit plak belum bangun...(nasib baik)... Dok jaga sebelah dia sampai dia bangun sendiri... Dah jaga, nasib tak nangis mcm baby lain yg kuat meraung... Affan mmg budak baik & senang jaga... Kerja dia sengeeehhh memanjang... bangun tidur sengeh, bg mandi sengeh...tp la ni..bila lapaq sgt ja dh pandai "Eekk, eekk..." sket.


Kitorang x plan nak masak apa for lunch ari ni... Ingat nak masak nasi simple2 aje sebab abah kena makan nasi le tengahari... Then, Ummi dia call suruh siap2...11.30am, dia nak mai ambik...pi Jusco AU3, tgk anak murid dia masuk pertandingan mewarna...antara sekolah-sekolah. Boleh le lunch skali. Tapi abah plak x nak ikut... x larat dia kata. So, kami tinggal dia kat rumah sorang2 sbb dia insist don't want to follow... Lgpun bkn jauh pun kami nak pegi...dekat aje. Kami bawak 2 org budak kenit2 tuu...


Cian Affan... Ummi sibuk. Maklong plak kena melayan si kekanda mu Wildan... Duduk aje la terperuk dlm stroller tu... Dah brp kali Affan tiduq..bangun minum susu, tiduq balik. Boring ye sayang!! Maklong beli topi utk Affan, otw nak balik x perasan bila plak hilang ke, jatuh ke...


Ramai gak budak2 Pra-Sekolah yg sertai pertandingan ni...dari bbp sekolah... 3 org wakil dari sekolah Ummi... Nasib baik menang, dapat 1st place. Nani kata budak tu mmg suka & pandai melukis & mewarna.


Persembahan dari budak2 Sekolah Menengah Damansara Damai... yeeayy!! dkt umah maklong laaa... Depa main pakai tong sampah & tong cat aje.. Kreatif la tuu...



Diorang budak2 sekolah ni buat persembahan menimbang bola... 3,4 org tunjuk skill menimbang bola sepak... menarik la jugak... Cayalah! Baguih la adik2...drp dok merapu buat keja x senonoh atau merempit x tentu hala... joint aktiviti/kelab sukan macam ni lebih baik...


Ni la aktiviti Wildan... nak color kete Porche dia tu dgn sand colors...






Pastu nak masuk inflatables playground. Ber-jam2 tunggu dia puas main... Ummi jaga baby..maklong panjangkan langkah..merayap pegi window shopping...


Dah tengahari nih...maklong & wildan makan kt Arena Jusco Food Court. Ummi pulak puasa. Wildan mkn fav. dia Chicken Chop & maklong makan Beef Steak. Sedap jgk food kt situ..Tapau Chicken Chop & nasi goreng cina utk abah...(malam, wildan yg pulun setengah chicken chop tuu)... Then, kami shopping brg dapur kat Jusco. Balik umah..renggangkan urat sambil golek2 tgk hindustan... rancangan tv feveret abah la ni...


Friday, July 15, 2011

Ya Habibi ~ Ahlan wa Sahlan

Ambooiii... bukan main bergaya lagi budak ni...kalu dulu malu2 jugak nak ambik gambar dia, la ni pantang nampak kamera...tak kira tang mana...byk plak dia punya style posing...berdiri, duduk, meniarap, bersandar, melentang... u name it!
Malam ni kita makan...sambil nyanyi lagu Amr Diab 'Ya Habibi Ya Nurul Ain'...

Balik keja..bergegas ke rumah Wildan..konon nak bawak diorang cari nasi kandar utk abah...plan la nak cari nasi kandar Kudu...pusing2 sekitar Jln Masjid India tu sampai Bkt Bintang..atas bantuan GPS kami, si Mami CT. Kami call dia nak tanya jalan sbb dia pro sket bab2 jalan KL nih.. pusing2, dah hampir maghrib..still x jumpa. Lastly, kitorang parking kt Hotel Grand Imperial utk bersolat. Pastu ajak depa2 pi makan nasi arab le apa lagi...


Signatures... Menu & printed logo at the plate & tissue

Senyum maneehh bak gula la Pak Kadiaq nih... x teringat kat Che Tom ka?? Sama la anak & cucu dia...
Happy face of GodMother & GodSon... Alang tu dok ghindu kat anak angkat dia x abih2

Maklong & the Wildans
the wall decor...background of egypt's building i think...

orange juice (very sour..but i like!!)..mango lassi (for my abah)..ice-blended cappucino

grill spring chicken, mixed-grill (chicken, beef, fries) & chicken beriani... ini saja yg kami order...share 5 org mkn pun x larat nak abis... all together, the price = RM168++.


licin!... clear pinggan..termonyeh jugak nak mengabiskan portion2 nih...

alololooo...cian nyer baby... affan minum susu ajer yee... nanti affan besaq skit, maklong bawak affan makan byk2 ye...



Tok Wan & cucu nyerr... Ni bukan kes dera org tua tolak budak tau! Ni la saja 'tongkat' Wan... Ada stroller ni..bagi mudah Wan nak jalan sbb 'tumpang' roda stroller Affan...kalau Wan berjalan sendiri, lambat sket nak atur langkah tu..berat kami.. Cian Abah..sejak kena stroke dulu...terhad sket perjalanan dia... tapi, at least dah boleh bergerak & berjalan.. banyaaakkk improve nyerr...


Ala muchuk-muchuk Maklong ni terleleh abih...ngantuk la sgt...kenyang sgt pun ya jugak!



Wednesday, April 27, 2011

Salad Suun

Setelah sekian lama...tetiba je ari ni nak n3... mungkin gara2 tgh ting-tong nak exam lusa... baeekk pnya dok study..perut plak nyanyi lagu si-Bird Tongchai..."sebbai..sebbaii.."...

Takde lain yg terlintas...NASI aje, supaya...lama kenyang! Lauk nya??... selongkar fridge, nmpk la bermcm jenis salad-salad yg chek Alang bawak balik dr Cameron Highland recently... teringat plak salad suun yg baru je aku pegi makan kt Rest. Black Canyon dgn Mimie & Kak Nik... so, selongkar plak cari suun (suhun @glass noodles)... Apa lagi, project mencipta pun bermula...

Tadaaaa.... ini lah hasil nya...wlp lgsg x sama dgn kedai siam tu...tp, boleh la utk tekak aku ni...sedap wooo!! So simple... basuh & rebus suun kasi lembut...basuh salad2 tu...potong2 sket... hiris tomato, hiris 3 biji cili api utk impak yg 'nyaring' sikit, perah sebiji limau kasturi, percik2kn squid sauce...then, gaulkn kesemua nya... Urmm! Ready to ramble!!
Aiyoyooo...kena plak dgn homemade Pekasam Chek Tom...fuhh!! terangkat!! Mak buat sendiri pekasam ni dgn ikan puyu...beras goreng tu plak garing...krup-krap2 dlm mulut... utk perasa lemak merdu...tabur kicap skit... hampir bertambah se-pinggan lagi ni chek niza ooiii! nnt merajuk lagi timbang tuu...adus!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin